Thursday, July 23, 2015

Tak Terduga

Hari ni lepak jap.
Kasi kepala clear dari semua benda serabut dengan kerja.
Eh lupa nak cakap!
Aku dah kerjalah.
Hahaha

Kerja apa?
Lawyer?
Majistret?
Ahli muzik?
Takkkk............

CIKGU.
Aku jadi cikgu ok.
Macam tak caya. Dahlah aku ni garang nauzubillah.
Bolehla tu. Ngam ngam dengan kos aku. Aku kan kos kesusasteraan Melayu.
Jadi cikgu BM.
Tapi paling tak boleh blah jadi cikgu GEOGRAFI dengan SEJARAH.
Caittt....geo tu boleh handle lagi tapi bab sejarah tu dahlah susah.
Susah sebab aku pun tak minat.

Err....bukan tak minat terus.
Still ada minat tapi untuk pembacaan sorang sorang sebab jadi ubat tidur 
Kalau untuk pengetahuan sendiri aku suka r tapi jadi susah bila kau nak share dekat orang.

Then students aku semua cina.
SERIOUS!
Aku mengajar dekat sekolah cina.
Sekolah private.
Susah sikitlah sebab most of them tak pandai cakap BM.
Agak stress jugak tapi bolehlah untuk buat survive.



Nak kumpul duit kawin. 
Kawan aku semua nak kawin tahun depan. Ngeh ngeh

Thursday, December 25, 2014

Eh Kalendar Gambar Aku?

Hi peeps!

Sebelum ni aku pernah cerita kan aku masuk kelas Kesusasteraan dalam Multimedia.
Selalu tu asyik cerita pasal video je kan.
Ni aku nak share sikit pasal kerja sekolah yang Dr Notts bagi kat kitorang
Agak gempak jugaklah sebab boleh guna untuk setahun.
Tapi nak buat tu...
Ya rabbi!!!
Punyalah susah.

Lagipun time buat ni aku sibuk dengan Final Year Project aku.
Tak sempat nak kembangkan idea banyak banyak.
So kerja sekolah yang aku buat ni pun takdelah rare sangat.
Cuma bestlah sebab aku hasilkan sendiri.
Pedulik hape aku kalau korang cakap tak cantik.
Hahaha.

Dari tadi asyik cakap kerja sekolah je.
Kerja sekolah ape???
Hahaha.
Ok ni lah kerja sekolah yang aku maksudkan.
Taraaaa...
My own calendar!































Bhaha.
Ni la kerja sekolah aku.
Berminggu minggu jugak nak siapkan.
Tapi aku suka sebab belajar benda baru.
Take it as a challenge.
Walaupun aku bukan kreatif mana pun.
Hehehe.

Kalendar ni dh jadi bentuk 3D pun.
Aku hantar kat kedai kena RM28 tapi berbaloi sebab warna dia cantik.
Hehehehe.



Toodless.











Sunday, December 21, 2014

Kalimat Terakhir

Assalamualaikum..

Ok tajuk agak skema kan.
Ni saje buat tajuk skema nak bagi lecturer aku baca.
Hikss.

Ada apa dengan cinta?
Eh silap.
Ada apa dengan kalimat terakhir.
Entry kali ni nak buat cerita sedih.
So sediakan tisu tandas sebelum hingus korang menjejeh dari hidung.
Hohoho

Aku nak flashback semula masa baru first time masuk kelas.
Nama lecturer tu Dr Normaliza atau nak lagi glamor panggi Dr Notts jeeeee
Masa nak masuk tu ketaq lutut bak hang.
Sebabnya aku baca blog sorang senior ni die cakap Dr Notts garang.
Haish tak senang duduk dah ni.

Bila Dr masuk kelas je semua pakat kecut.
Member member aku pun pakat kecut perut hasil daripada cerita sembang kencang aku tu.
Biasalah budak sastera kan.
Imaginasi tu kena lebih lebih sikit.
Hahaha.

Then bila Dr Notts dah bukak mulut bercerita macam macam, aku rasa best pulak.
Sebabnya Dr ni sempoi kot.
Tapi yang tak sempoinya bila banyak kerja.
Ha mendapatlah kau.
Hahahaha.

Kerja pertama kitorang kena buat majalah sendiri.
Oklah agak cerewet nak buat.
Memang sesak nafas sebab dalam tempoh 4 jam kena siapkan.
Jantung tu nak tercabut.
Tapi bestlah sebab macam macam ragam kau boleh tengok.
Bhaha.

Dan kelas kelas seterusnya tu, Dr suruh kitorang buat video.
Tu takpe lagi sebab masing masing pelakon terbaik.
Tapi hat yang paling tak syok bila satu hari tu Dr suruh main lukis lukis.
Ade ke dia suruh aku lukis?
Dr tau tak kertas 2 seni visual masa form 6 aku dapat C??
C woii bukan B. -_____-
Nak tak nak kena lukis gak sebab markah tu woiii.
Tapi dapat gak buat walaupun aku lukis kasut sandal dah tak rupa kasut sandal dah.
Kehkehkeh.

Setelah 14 minggu berhempas pulas tu, akhirnya dapat gak kitorang buat assignment dengan jayanya.
Oh lupa nak cakap nama group aku Six_Genx. Nama kelas ni pulak Kesusasteraan dalam Multimedia.
Sebenarnya aku nak cakap, aku seronok sangat masuk kelas tu.
Mungkin sebab dari dulu aku memang minat bidang fotografi dan video.
So benda benda macam tu walaupun rumit tapi aku enjoy sangat.
Dan part paling best tiap kali masuk kelas kitorang tak ngadap slide pun.
Macam tengok wayang je tiap tiap minggu sebab kena present video yang kitorang penat buat tu.
Oklatu tu jimat sikit duit aku kan.
Bukan senang nak tengok wayang free. Dengan lecturer pulak tu.
Kihkih.

Untuk Dr Normaliza, saya suka masuk kelas Dr walaupun Dr ni garang tapi Dr sempoi.
Walaupun Dr suka hati je nak bahan kitorang tapi Dr memang best.
Walaupun Dr suka dengki kitorang bagi keje banyak banyak tapi sebenarnya kitorang enjoy.
Terima kasih sebab bagi saya ilmu yang berharga ni.

Saya akan simpan kata kata Dr,
"tak semestinya duduk dalam bidang sastera awak akan keje dalam bidang sastera. saya ajar multimedia ni mana tau awak semua keje luar bidang. dan awak lagi kreatif sebab teror guna bahasa dalam multimedia."

Ok tak lupa juga untuk tutor aku Cik Ehsan dan Cik Nik.
Terima kasih sebab banyak bagi tunjuk ajar masa dalam kelas tutor.
Cik Ehsan ni orang jauhhhhhhh kat Brunei and Cik Nik pulak orang Kelantan.
So bolehlah aku jalan jalan nanti.
Kehkehkeh.



p/s : macam tak jadi je cerita sedih aku ni. -____-





Toodless ^__^

Video Tragedi Pulak Dahhhhh

Hai peeps!

Tengok tajuk pun dah tau kan aku nak cerita pasal ape.
Hikss
Oklah tak nak sembang panjang panjang.
Video ni video tragedi.
Pasal kes pembunuhan.
Tak larat nak tulis panjang panjang.
So korang tengoklah ye..






Toodless ^__^

Video Fokus Gelang Warisan

Hi peeps!

Kali ni cerita pasal video lagi.
Apehal asyik pasal video je? -_-
Sebab lecuturer aku suruh update dalam blog.
So 2,3 entry ni asyik pasal video je.
Hahaha.

Tapi jangan risau sebab semua video ni tak sama.
Kali ni aku nak tunjuk pasal video fokus.
Video ni cerita pasal benda.
Kalau kau pilih beg, dari awal sampailah akhir mesti cerita tu berkaitan beg.
Lepas tu cerita mest saling berkait.

Dalam video ni geng aku pilih gelang.
Cerita pasal gelang warisan.
Dari zaman kecik sampailah dia............
Nak tau sambungan kenalah tengok sendiri.
Hahaha.

Ha lagi satu nak cakap.
Video ni kena guna teknik fokus.
Korang kena fokus kat benda tu, then background tu kasi blur blur.
Camera yang kitorang guna ni DSLR.
Kena pandai setting baru video cantik.
Selamat menonton!






Toodless ^__^